Ramalan Kebolehpasaran Graduan

Kajian ramalan kebolehpasaran graduan universiti di buat untuk melihat potensi graduan untuk mendapat pekerjaan selepas konvokesyen berdasarkan indikator-indikator tertentu. Bagi kajian ini, bajet pendidikan nasional, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan ekonomi dan kadar pertumbuhan pasaran pekerjaan telah digunakan sebagai indikator untuk meramal pertumbuhan kebolehpasaran graduan. Ramalan ini mampu memberikan gambaran awal kepada pihak berwajib atau masyarakat secara amnya tentang masa depan graduan setelah tamat pengajian.

Ramalan Ranking Universiti

Kajian ramalan ranking QS dilakukan untuk menunjukkan impak bajet pendidikan nasional terhadap kemajuan universiti awam di Malaysia. Ramalan ini menggunakan bajet pendidikan nasional sebagai indikator untuk meramal ranking lima universiti awam terbaik di Malaysia. Kajian ini amat penting kerana ia dapat digunakan sebagai input kepada pihak berwajib dalam merencana bajet pendidikan yang mempunyai kaitan secara langsung terhadap kedudukan universiti tanah air di mata dunia.