Statistik impak ekonomi keatas pertumbuhan pasaran kerja di Malaysia menunjukkan bahawa kenaikan pasaran tenaga kerja adalah berdasarkan kepada kestabilan ekonomi. Jika dilihat dari sudut pertumbuhan ekonomi dan pasaran kerja dari tahun 2011 hingga 2015, statistik menunjukkan kadar yang memberangsangkan. Hal ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang baik dapat meningkatkan peluang pasaran pekerjaan. Faktor pertumbuhan ini disokong oleh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) iaitu peningkatan peluang pasaran pekerjaan bagi rakyat Malaysia. Ini menunjukkan bahawa kejayaan hasil dari RMKe-10. Di sini ia perlu dilihat faktor-faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pasaran kerja. Jika dilihat pada statistik, ia dapat diramalkan bahawa ekonomi Malaysia boleh berkembang dengan baik pada masa hadapan.