Berdasarkan kedudukan ranking yang diterbitkan oleh QS World University, 20 universiti yang terbaik di Malaysia tersenarai dalam ranking tersebut. Universiti Malaya (UM)/, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada di kedudukan ranking lima teratas di Malaysia. Lima universiti ini dikategorikan sebagai universiti penyelididkan dalam universiti awam (UA).

Bagi menaikkan ranking yang lebih tinggi dalam QS World Universiti, semua universiti awam perlu berupaya membina reputasi dengan keupayaan dinamik, berdaya saing selain mampu sumbangan kertas projek (kesan citation), reputasi kecemerlangan akademik, reputasi graduan yang sudah bekerjaya, fakulti dan kemudahan tempat pembelajaran. Berdasarkan gambarajah ranking university, didapati terdapat kenaikkan ranking bagi lima universiti. Didapati Universiti Malaya (UM) berada di kedudukan yang paling tinggi daripada lima universiti dan berada di kedudukan yang ke 27 dalam QS World University bagi tahun 2017.